Monday 24 August 2015

Menyelami Denyut Nadi Tokoh Pendakwah Negara 2015

Mungkin ramai yang tidak mengenali penerima Tokoh Pendakwah Negara 2015, YBhg. Dato' Dr. Hj Abdul Razak bin Hj Kechik. Al-maklum sebab pergerakkan tokoh ini jarang-jarang diketengahkan media dan tuan punya diri juga sebenarnya tidak gemarkan publisiti.
Ybhg. Dato' Dr. Hj Abdul Razak bin Hj Kechik
Pendakwah Negara 2015

Turut serta Ybhg. Dato' Mat Rodzi bin Ali,
Presiden Kelab Anak-Anak Sik, Kedah
Saya rasa sangat bersyukur baru-baru ini pada 18 Ogos 2015 (Selasa) saya dan rakan-rakan Kelab Anak-Anak Sik, Kedah berkesempatan menemani beliau dalam Majlis Ceramah Perdana di SK Padang Sanai, Kuala Nerang, Kedah. Sambutan ibu bapa sangat dibanggakan malahan kreativiti pihak penganjur yang bergabung antara dua sekolah iaitu SK Padang Sanai dan SK Padang Palas boleh dipuji. Sikap guru yang memberi layanan mesra dari mula-mula pihak kami sampai sehinggalah selesai majlis membuat saya begitu terharu. Ceramah yang bertajuk "Ibu Bapa  Cemerlang Anak-Anak Gemilang" memang bertepatan dengan senario hari ini dan intipati ceramah oleh YBhg. Dato' Dr. Hj Abdul Razak bin Hj Kechik begitu jelas dan menarik minat semua yang hadir. Hampir dua jam ceramah disampaikan, saya lihat masing-masing memberi tumpuan bersungguh-sungguh dan tidak berganjak daripada kerusi masing-masing. Tumpuan dan minat yang ditunjukkan oleh ibu bapa di sini menampakkan mereka mempunyai iltizam yang tinggi bahawa kejayaan anak-anak adalah hasrat murni setiap ibu bapa. Saya doakan setiap ibu bapa di sini berjaya menjadi ibu bapa yang cemerlang seterusnya memperoleh anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat.
Cenderamata disampaikan oleh En. Abdul razak bin Hj Hamid
YDP SK Padang Sanai


 
Bertolak bersama-sama beliau dari Kuala Lumpur lewat petang hingga ke Sungai Petani sehari sebelum majlis, memberi ruang kepada saya mendekati tokoh ini dan sedikit-sebanyak saya menyelamai denyut nadi dan pendirian beliau khususny dalam melaksanakan kerja dakwah dan paling utama juga adalah kerja kebajikan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan. Atas alasan tersendiri dan pendirian yang ada, baru saya faham mengapa beliau tidak gemar pergerakkannya dihebahkan khususnya dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah. Rupa-rupanya urusan berdakwah ini bukan mudah dan penuh dengan keperitan dan baru saya faham rupa-rupanya boleh juga mengancam nyawa tidak kiralah di dalam negara mahupun di luar negara.

Cenderamata disampaikan oleh En Abdul bin Rahim
YDP SK Kubang Palas
Saya mungkin tidak mampu mengikuti langkahnya tetapi kerja-kerja kebajikan yang dilaksanakan sepanjang kariernya sangat-sangat saya kagum khususnya dalam membantu anak-anak yatim seluruh Malaysia. Bukan sahaja rumah anak yatim dibina dan dibiaya malah beliau adalah salah seorang yang penting dari kumpulan 'Think tank' PEYATIM  yang berusaha sehingga wujudnya University College Bestari (UC Bestari) di Setiu, Terengganu khusus untuk anak-anak yatim. Pada saya, dengan wujudnya pusat pembelajaran bertaraf universiti khusus untuk anak-anak yatim boleh dianggap sebagai puncak perjuangan membela nasib anak-anak yatim.



No comments:

Post a Comment