Sunday 13 September 2015

IBU BAPA CEMERLANG ANAK-ANAK GEMILANG

Petikan daripada Majlis Motivasi Perdana oleh Ybg. Dato' Dr. Hj Abdul Razak bin Hj Kechik (Pendakwah Negara 2015) di SK Padang Sanai,. Kuala nerang, Kedah pada 18/8/2015.
 
Marilah kita sama-sama panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana atas nikmatnya yang tak henti-henti maka kita dapat bersua pada hari yang mulia ini. Kita dipertemukan walau pun saya berada jauh di Kuala lumpur tetapi dijemput ke sini dan dapatlah bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan sekalin. walau terasa agak penat tetapi penat dan lelah sedikit itu tiada apa-apa asalkan tuan-tuan dan puan-puan dapat berkongsi ilmu dan bersemangat mendengar apa yang akan dibicarakan. Harapan saya agar tuan-puan dapat memberi tumpuan pada tajuk yang dipilih ini.
 
Kita semua diberi minda yang waras dan sungguh beruntung kerana kita sihat dan dapat berfikir dengan waras. Kita kena fikir susuatu yang besar dan hebat-hebat. Jika kita fikir besar maka jadilah sesuatu itu besar jika kita fikir kecil maka jadilah sesuatu itu kecil. Biar badan kecil tetapi minda kita perlu besar. Biar muka buruk, badan tak cantik tetapi kalau kita ada minda yang besar maka hidup kita akan diangkat menjadi manusia yang tinggi kedudukannya. Minda yang baik dan besar inilah yang akan membawa kita kepada kejayaan.  
 
Dalam Islam kita diingatkan tiap-tiap hari sebanyak lima kali sehari melalui azan yang dilaungkan. Allahuakbar2...kita jawab Allahuakbar. Ashhaduallahilahaillah...kita jawab Ashhaduallahilahaillah. Ashhaduannamuhammadarrasulullah...kita jawab balik sebutan yang sama. Haisyaalashsolahhhhhh... marilah sembahyang.. maka kita jawab...Lahaulawalaquwataillahbillah...maksudnya tiada yang lebih besar daripadanya..maksudnya seruan menunaikan sembahyang itu besar maknanya. Bila bilal sebut Haiyaalalfalahhhh... marilah menuju kejayaan.. kita juga akan jawab Lahaulawalaquwataillahbillah...maknanya tiada yang lebih besar daripadanya. Islam sangat teliti... bab kejayaan ini disebut lima kali sehari dan diseur kepada seluruh umat Islam bukan sahaja sembahyang tetapi diseru untuk menuju kejayaan.
 
Kejayaan itu adalah lebih daripada segala-galanya. Kejayaan itu mudahnya bermaksud cemerlang dan gemilang. Jadi, Islam awal-awal lagi menuntut kita menjadi orang yang berjaya. Minda orang Islam ialah minda yang mesti berjaya. Lima kali sehari diseru, pakai microfon lagi.. diseru kuat-kuat kerana menuju kejayaan itu adalah sangat penting bagi kita umat Islam. Dalam AlQuran juga disebut banyak tentang kejayaan contoh disebut Khodaflahamalmukminin... maksudnya wajib kena jadi berjaya. Minda kita mesti jadi minda ke arah kejayaan.
 
Kita sebagai ibu bapa, maka kena ada wawasan untuk anak-anak kita. Abdul Mutalib atuk nabi sewaktu kelahiran nabi Muhamad meletakkan nama Muhammad. Pada waktu itu tiada orang yang bernama Muhammad. sahabat bertanya kepadanya kenapa beri nama Muhammad maka jawab Abdul Mutalib; Muhammad ertinya dipuji di langit dan di bumi. maksudnya nama anak pun kena ada wawasan. kita pun begitu, beri nama anak-anak biar yang ada wawasan.
 
Kita perlu beri semangat kepada anak-anak. Biar berhabis duit atau harta asalkan untuk kejayaan anak-anak. Dalam surah An-Nisa ayat 12-13; "Hendaklah kamu takut kepada Allah jika kamu tinggalkan zuriat kamu yang lemah. Rungsinglah untuk mereka". Untuk menjadikan zuriat kita kuat dan tidak dianggap lemah adalah dengan memberi agama dan kemahiran di dalam kehidupan (ilmu). jangan kita tinggalkan harta tanpa ilmu. Ingat, soalan yang paling berat di akhirat adalah anak-anak.

5 peranan ibu bapa;
1. ibu bapa sebagai penjaga
2. Ibu bapa sebagai pendidik
3. Ibu bapa sebagai kaunselor / pembimbing
4. Ibu bapa sebagai kawan
5. Ibu bapa sebagai idola

Sebagai ibu bapa, jangan kita mengharap guru sepenuhnya dalam urusan mendidik kerana pendidikan anak-anak kita bukan sepenuhnya di bahu guru tetapi guru sebagai pembantu untuk kita. Akhirnya, kita perlu banyak berdoa untuk anak-anak kita. Beri semangat dan tanamkan visi yang jelas kepada anak-anak kita arah tuju yang sesuai dengannya. Jika anak-anak kita berminat untuk menjadi doktor maka kita dorong anak-anak kita ke arah itu.

Sekian.
 
 

No comments:

Post a Comment