Tuesday, 25 August 2015

SEHATI SEJIWA MENCINTAIMU… MALAYSIA


SEHATI SEJIWA MENCINTAIMU… MALAYSIA
 
Bumi Malaysia ini
Bukan milik siapa-siapa
Sesuka melalak meronta
Merebut kuasa tanpa mengira rasa sesama

Bumi Malaysia ini
Bukan milik siapa-siapa
Tetapi milik sesama kita
Rakyat Malaysia seluruhnya

Bumi Malaysia ini
Menabur budi
Memberi rezeki tak terperi
Membina generasi lestari

Saban tahun keramat merdeka di laung
Membina amanat bangsa
Mencoret rasa meluah rasa cinta
Menolak kebiadaban pada yang bersengketa

Seluruh rakyat diruntun ikhlas jiwa dan raga
Membentuk rasa cinta sesama
Melangkah sederap berbicara senada
Mempertahan tanah air dari noda

Kitalah…penentu arah hala negara
Berganding tenaga mengekal keamanan selamanya
Pada agama juga negara bangsa
Sehati sejiwa mencintaimu Malaysia

 
Nukilan:
Azman Yaakob